PHNOM PENH, 27 MAC: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 18 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak politik permusuhan dengan mana-mana pihak dengan mengambil ikhtibar daripada pengalaman sukarnya sebelum ini.
MANILA, 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peruntukan yang mencukupi disalurkan kepada mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka, yang sehingga kini telah menjejaskan 29,000 orang.
SHAH ALAM, 1 MAC: Golongan yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh membuat pendaftaran baharu dan mengemas kini maklumat mulai hari ini hingga 31 Mac.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan kaum wanita kembali bekerja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Khazanah Nasional Bhd akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.
SHAH ALAM, 24 FEB: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat akan dipinda dan dibentangkan tahun ini bagi melindungi individu yang curiga atau takut apabila ingin menyalurkan maklumat.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kesejahteraan yang dikecapi Malaysia pada tahun 2022 dengan hasil yang jauh lebih tinggi susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan menjadi pemangkin kepada kerajaan memperuntukkan jumlah yang lebih besar dalam Belanjawan 2023, bagi memastikan ekonomi negara mampu mengharungi cabaran luar.
SHAH ALAM, 23 FEB: Lebih dua pertiga atau 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tiada wang mencukupi untuk bersara atas paras kemiskinan.
SEPANG, 17 FEB: Pemilik gerai nasi ayam hainan di pusat penjaja Taman Putra Perdana di sini teruja dapat menjamu pemimpin negara dengan hasil masakannya.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
PUTRAJAYA, 11 FEB: Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 11 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan negara.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi pengalaman dengan pengurus legenda pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, untuk dicontohi persatuan dan badan sukan di negara ini dalam membangunkan bakat individu dalam sukan.
KUALA LUMPUR, 27 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden, yang turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya persahabatan peribadi antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perancangan melibatkan kedua-dua negara.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Brunei di Istana Nurul Iman di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah kitab suci Islam, al-Quran di Stockholm, Sweden.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.